Merdeka Fun Ride 2019

MCMC bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah menganjurkan program Merdeka Fun Ride 2019 sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 yang akan diadakan pada 31 Ogos 2019 di Dataran Putrajaya.

Program riadah kayuhan basikal ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kekeluargaan antara kakitangan pelbagai kaum dan agama di KKMM, MCMC dan pemain-pemain industrial telekomunikasi sekali gus menyemarakkan semangat hari kebangsaan yang ke-62.

Acara Merdeka Fun Ride 2019 ini telah dilancarkan oleh YBhg. Dato' Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM dan diiringi oleh Al-Ishsal Ishak, Pengerusi MCMC.
 
 
Related Content
Share this article
Follow