Pelancaran Rasmi MCMC Nexus

Pelancaran oleh Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching, ini menandakan satu langkah penting dalam memperkasa rakyat dan industri melalui pendigitalan, selaras dengan aspirasi negara ke arah ekonomi digital yang inklusif, berdaya tahan dan mampan 

Melalui aplikasi ini, orang ramai boleh menguji kelajuan Internet dan menyumbang data prestasi rangkaian sebenar di lokasi masing-masing. Data yang dikumpulkan adalah anonim tanpa maklumat peribadi, dan akan membantu mengenal pasti kesesakan, liputan lemah serta isu kualiti perkhidmatan bagi penambahbaikan yang lebih bersasar

Inisiatif ini turut disokong kerjasama pelbagai rakan industri bagi memperluas capaian pengguna di seluruh negara. Jom muat turun aplikasi MCMC NEXUS secara percuma di App Store, Google Play & AppGallery, dan jadi sebahagian daripada usaha meningkatkan kualiti rangkaian negara!
 
 
Related Content
Share this article
Follow