Pengerusi MCMC menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah NADMA

Pengerusi MCMC, Al-Ishsal Ishak menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Mohtar Mohd Abd Rahman, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pegawai-pegawai kanan NADMA.

Pertemuan itu bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama di antara kedua-dua agensi dalam meneroka pendekatan inovatif sebagai persediaan menghadapi bencana negara. 

Turut dibincang, peranan syarikat-syarikat telekomunikasi dalam penyebaran amaran awal bencana, kerjasama bersama syarikat penyedia perkhidmatan menara telekomunikasi dalam penyediaan frasarana komunikasi kecemasan, peranan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) radio amatur sewaktu bencana dan lain-lain perkara yang berkaitan.
 
 
Related Content
Share this article
Follow