Program anjuran MCMC Wilayah Persekutuan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) WP Kuala Lumpur ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan), MKN, YBrs. Tuan Badrul Shah Mohd Idris. Turut hadir ialah Pengarah Kanan MCMC Wilayah Tengah, YBrs. Encik Mohamad Rizal Ahmad, serta Pengarah MKN WP Kuala Lumpur, YBrs. Encik Mohamad Shukri Nawi.
Seramai 160 peserta daripada agensi penyelamat dan keselamatan seperti MKN, PDRM, ATM, APM serta agensi-agensi berkaitan telah dihimpunkan dan diberikan pendedahan mengenai isu keselamatan siber serta kepentingan melindungi infrastruktur komunikasi negara.
Taklimat komprehensif oleh MCMC, PDRM, NACSA, MyDigital ID dan TM telah memperkukuh kefahaman peserta mengenai ancaman siber semasa serta langkah-langkah mitigasi yang relevan. Secara keseluruhan, program ini memberikan impak yang signifikan dalam meningkatkan kesiapsiagaan digital dan keupayaan respons keselamatan, khususnya kepada barisan hadapan keselamatan negara.
Related Content