Program Rintis Peningkatan Kemahiran Digital untuk Komuniti Autistik di Pulau Pinang diteruskan dengan penyertaan seramai 368 ahli komuniti, melibatkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK). Antara lokasi terlibat ialah PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong, PPDK Permatang Damar Laut, serta beberapa lokasi lain.
Inisiatif ini berteraskan prinsip keterangkuman, selaras dengan aspirasi kerajaan, melalui pendekatan yang manusiawi dan saksama dalam memperkasa komuniti autistik. Tumpuan diberikan kepada pendedahan kemahiran digital dan Kecerdasan Buatan (AI) bagi membuka lebih banyak peluang dan potensi.
Program ini dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara MCMC, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta penglibatan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPN). Sesi latihan dijalankan merentas pelbagai peringkat sokongan bagi individu autistik, memastikan kemajuan dicapai secara inklusif dan bersama.
Related Content