Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku: Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025

ementerian Komunikasi dengan kerjasama MCMC melalui Pejabat Negeri Perak (PSO), Pejabat Wilayah Persekutuan (WPSO) dan Pejabat Wilayah Tengah (CRO), telah menyertai program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku 2025 yang berlangsung selama tiga (3) hari di Putrajaya.

Reruai Kementerian Komunikasi telah menerima seramai 825 pengunjung yang hadir untuk mendapatkan maklumat serta menyertai pelbagai aktiviti interaktif, dengan Kempen Internet Selamat (KIS) sebagai antara pengisian utama. Kehadiran Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri, MCMC, YBrs. Tuan Haji Bukhari Bin Yahya, turut menyerikan reruai MCMC.

Penyertaan MCMC dalam program ini menjadi platform penting untuk menyampaikan mesej kesedaran mengenai keselamatan Internet serta membentuk komuniti digital yang lebih bertanggungjawab.
 
 
Related Content
Share this article
Follow