Sambutan Hari Kurier Negara 2025

Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil hari ini merasmikan sambutan Hari Kurier Negara 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor.

Bertemakan “Merakyatkan Penghantaran, Menghubungkan Negara”, acara ini menzahirkan penghargaan terhadap peranan penting industri kurier dalam memperkukuh jaringan logistik dan ekonomi digital negara.

YB Datuk Fahmi turut melancarkan Kod Amalan Perkhidmatan Pos (CPPS) yang merupakan kod amalan kendiri pertama industri pos dan kurier bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, sejajar dengan perkembangan sektor logistik digital negara.

Pada majlis yang sama, YB Datuk Fahmi turut menyaksikan sesi menandatangani perjanjian antara Shopee Malaysia dengan rakan kurier serta menyampaikan Anugerah MyKURIER 2025 dan Anugerah Tokoh Pekerja Kurier 2025.

Turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Dato’ Seri Mohamad Fauzi bin Md Isa; dan Presiden Persatuan Syarikat Penghantaran Express Malaysia (AMEC), Ronald Tan.
 
 
Related Content
Share this article
Follow