Seminar SOCIALGOV 2025 Wilayah Selatan di Melaka

MCMC telah menganjurkan Seminar SOCIALGOV 2025 Wilayah Selatan di Melaka, yang menghimpunkan lebih 180 pegawai kerajaan dari Melaka, Negeri Sembilan dan Johor untuk memperkukuh keupayaan komunikasi digital agensi kerajaan.

Seminar ini menekankan kepentingan strategi media sosial yang efektif dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat, memantapkan reputasi organisasi, dan memastikan setiap jabatan bersedia menghadapi cabaran komunikasi moden.

Sepanjang sesi, para peserta diberi pendedahan tentang pembangunan dasar dan garis panduan media sosial, pengurusan komunikasi krisis, pemantapan reputasi organisasi serta penggunaan teknologi AI dalam transformasi komunikasi awam. Pakar dari Jabatan Penerangan, IPRA Malaysia, Meta dan TikTok turut berkongsi pengalaman serta amalan terbaik.
 
 
Related Content
Share this article
Follow