Sesi Taklimat Masyarakat Orang Asli dan Perkembangan Sosiologi

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama MCMC telah menganjurkan Sesi Taklimat Masyarakat Orang Asli dan Perkembangan Sosiologi.

Sesi taklimat itu bertujuan untuk memahami latar belakang dan hala tuju komuniti Orang Asli di Malaysia bagi menambahbaik program pembangunan serta kebajikan yang dirancang khas untuk komuniti Orang Asli.

Turut hadir adalah YBrs. Puan Bawani Selvaratnam, Ketua Pegawai Sektor Pembangunan MCMC, Profesor Dr Juli Edo, Ketua Pengarah JAKOA dan Dr. Steven Chow Kim Weng, Presiden FPMPAM.
 
 
Related Content
Share this article
Follow