Media & Events

MCMC raih Anugerah Tenaga Kebangsaan

26 Mar 2022, Kosmo

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meraih Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2021 bagi kategori Bangunan Cekap Tenaga iaitu Bangunan Hijau Besar Terbaik pada Majlis Anugerah NEA yang berlangsung di Kuala Lumpur malam tadi.

Menurut kenyataan MCMC, kejayaan itu adalah bukti komitmen terhadap prinsip dan nilai di bawah konsep pengurusan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang menekankan keseimbangan antara kemajuan dan keharmonian dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan.

“Bangunan Ibu Pejabat MCMC Tower 1 merupakan mercu tanda utama di Cyberjaya. di sini Anugerah ini diberikan kepada Ibu Pejabat MCMC Tower 1 berpandukan kepada beberapa aspek seperti reka bentuk bangunan hijau tersebut, operasi serta penyelenggaraannya.

“Kejayaan tersebut merupakan perkembangan sangat siginifikan dalam membantu pengurangan pelepasan karbon di udara selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan pembangunan lestari di Malaysia,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, antara usaha yang diambil untuk status bangunan hijau termasuk tumpuan kepada penjimatan tenaga, kecekapan air serta kualiti persekitaran di dalam bangunan dan kelestarian alam sekitar.

Share this article
Follow