Media & Events

Perkongsian berita palsu boleh bawa impak negatif

31 May 2023, Berita Harian

'Tidak pasti, jangan kongsi', menjadi ungkapan sering digunakan sebagai peringatan kepada mana-mana individu untuk tidak menyebarkan sebarang berita palsu atau maklumat yang diragui kesahihan nya.

Namun, penyebaran berita palsu mahupun berbaur fitnah dan hasutan melalui media sosial serta internet seiring per kembangan era digitalisasi, bu kan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi serata dunia.

Penerimaan orang ramai terhadap media sosial membuatkan mereka sentiasa menjadikan setiap maklumat diperoleh sebagai sesuatu yang serius.

Tanpa mahu merujuk kepada sumber sahih atau penafian se suatu kandungan tidak tepat termasuk menerusi portal sebenarnya.my yang disediakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Berdasarkan statistik, MCMC menerima sebanyak 3,111 aduan mengenai kandungan yang dianggap sebagai berita palsu bagi tempoh 2020 hingga 31 Mei 2022.

Malah, banyak juga penyebaran berita palsu serta berbaur provokasi dalam talian ketika tempoh kempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang diadakan tahun lalu.

Sehinggakan ketika fasa akhir kempen PRU15 iaitu da lam tempoh 48 jam yang berbaki untuk berkempen, wujud pelbagai berita palsu yang sengaja direka oleh pelbagai pihak untuk menarik perhatian pengundi.

Usah mudah terpengaruh

Cabaran orang ramai ketika itu adalah untuk menapis semua berita palsu dan tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang belum sahih diterima.

Selain itu, amalan 'kewartawanan awam'tidak berbayar dalam kalangan warga maya seiring perkembangan teknologi dan kepelbagaian platform media sosial juga menyumbang kepada pertambahan dan penularan berita palsu.

Sekiranya seseorang warga maya memainkan peranan sebagai 'wartawan' tanpa memahami etika dan amalan pemberitaan yang betul, ia boleh memberi kesan kepada tahap integriti bahan yang disebarkan.

Penulisan status, komen, ciapan, siaran gambar, poster, 'meme' atau video yang dibuat tanpa memahami faktor sosio budaya dan sensitiviti kaum boleh mengakibatkan timbulnya rasa tidak senang, terhina atau tersinggung.

Keadaan menjadi lebih teruk jika ia kemudian menjadi punca perbalahan, pergaduhan atau rusuhan dalam kalangan masyarakat yang hidup aman damai lagi harmoni.

Sehubungan itu, adalah penting untuk setiap pengguna melakukan penyelidikan terhadap sebarang maklumat yang diterima mereka menerusi media sosial.

Buat kajian terlebih dahulu jika perkongsian membabitkan rantaian maklumat dan pastikan kesahihannya supaya jangan disebarkan maklumat tidak benar.

Ini kerana bahan-bahan berbentuk spekulasi, tuduhan dan penghinaan juga boleh memberi impak dan kesan besar kepada negara.

Di sini peranan media yang melaporkan pemberitaan yang berwibawa amat diperlukan dalam mendidik orang ramai supaya lebih berwaspada ketika menyebarkan maklumat dalam era digitalisasi.

Media juga boleh membantu kerajaan untuk mengubah cara masyarakat menerima berita sahih iaitu dengan menyemak fakta terlebih dahulu sebelum ia disebarkan.

Justeru, konsep 3R iaitu Research (Penyelidikan), Responsibility (Bertanggungjawab) dan Report (Lapor) wajar menjadi teras dan perlu sentiasa dibudayakan sebelum berkongsi sebarang maklumat di media sosial.

Ini supaya orang ramai mempunyai kesedaran tinggi bahawa perkongsian berita atau maklumat palsu bukan sahaja boleh menjejaskan reputasi individu atau pihak tertentu malah boleh memberi kesan ke pada ekonomi, keselamatan dan keamanan negara.

Perlu diingat, sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang di sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau pen jara setahun atau kedua-duanya sekali.

Share this article
Follow