Media & Events

Hina Yang Di-Pertuan Agong Di Media Sosial: MCMC Sedang Menyiasat

12 Apr 2019

HINA YANG DI-PERTUAN AGONG DI MEDIA SOSIAL: MCMC SEDANG MENYIASAT 

  • Siasatan dijalankan susulan laporan orang ramai
  • Penyelarasan dan perkongsian maklumat bersama PDRM sedang giat dijalankan  
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan ke atas pihak yang menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial.  

Pihak yang sangat tidak bertanggungjawab tersebut telah memuat naik imej yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook semalam. 

Siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima MCMC daripada orang ramai supaya tindakan segera diambil terhadap pihak yang berkenaan.  

MCMC juga telah dimaklumkan bahawa pihak PDRM juga sedang menjalankan siasatan. Penyelarasan siasatan dan perkongsian maklumat sedang giat dijalankan. 

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk menyebarkan berita dengan niat untuk mengganggu orang lain. 

Jika didapati bersalah, mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya  sekali.
Share this article
Follow