Media & Events

Kenyataan Media: Rakam Gambar Bekas Timbalan Menteri Tidak Menyalahi SOP

14 Apr 2020
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin menjelaskan bahawa tindakan pegawainya yang telah mengambil gambar seorang bekas Timbalan Menteri semasa sesi rakaman percakapan baru-baru ini, tidak menyalahi mana-mana Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang didakwa.

Pengambilan gambar tersebut adalah sebahagian daripada tatacara untuk tujuan rekod sahaja. Bagaimanapun, gambar berkenaan berkemungkinan telah dikongsikan dengan pihak luar.

Satu siasatan dalaman kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.

MCMC tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku oleh pegawainya dan tindakan disiplin akan diambil jika individu bertanggungjawab itu didapati bersalah.

PDF

Share this article
Follow