Media & Events

Liputan Kembali Pulih Setelah Struktur Sementara Ditempatkan Di Menara Komunikasi Milik TM (Cont')

19 Jun 2021
LIPUTAN KEMBALI PULIH SETELAH STRUKTUR SEMENTARA DITEMPATKAN DI MENARA KOMUNIKASI MILIK TM DI SEBERANG PERAK, PERAK TENGAH

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan kerja-kerja menempatkan struktur sementara di menara komunikasi milik TM yang dikongsi bersama dengan Celcom di Seberang Perak, Perak Tengah yang tumbang akibat kejadian hujan lebat dan angin kencang pada 13 Jun lalu, telah dilaksanakan seperti yang dijanjikan.

Justeru, pengguna setempat yang terkesan akibat gangguan disebabkan kejadian tersebut kini dapat menikmati kembali rangkaian komunikasi dan liputan Internet setelah penyedia perkhidmatan menempatkan Base Transceiver Station (BTS) di lokasi kejadian.

Sehubungan itu, pihak MCMC ingin merakamkan penghargaan kepada semua penyedia perkhidmatan yang komited dalam melaksanakan perkara ini bagi memastikan ia berjaya disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan demi kepentingan semua pengguna.


PDF

 
Share this article
Follow