Media & Events

Kenyataan Media: MCMC Akan Terus Memantau Penyebaran Maklumat Palsu di Laman Media Sosial

24 Feb 2020
CYBERJAYA
24 Februari 2020

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memantau penyebaran maklumat palsu di laman media sosial berikutan perkembangan semasa di dalam negara. 
 
Di sebalik keghairahan berkongsi maklumat, MCMC mengingatkan orang awam agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih yang menyentuh sensitiviti kaum (Race), agama (Religion) dan institusi Diraja (Royalty) [3R].  
 
Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya. Dalam hal ini, MCMC menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada secara telus demi melindungi hak dan kepentingan masyarakat. 
 
Laporkan insiden atau kandungan berunsur 3R di media sosial terus kepada MCMC melalui aplikasi Whatsapp di talian 016- 220 6262 atau emel kepada [email protected].
 

PDF

Share this article
Follow