Media & Events

MCMC Keluar Kompaun RM2.29 Juta Kepada Telco Atas Kesalahan Pendaftaran Palsu Kad Sim Prabayar

22 Dec 2015

CYBERJAYA,  22 Disember 2015 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan  sebanyak 50 kompaun berjumlah RM2.29 juta kepada syarikat-syarikat telekomunikasi atas kesalahan pendaftaran palsu kad sim prabayar bagi tempoh antara Januari hingga Disember tahun ini.
 
Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, jumlah kompaun tersebut merupakan peningkatan sebanyak 89% berbanding dengan jumlah kompaun yang dikeluarkan pada 2014.
 
Tambahnya, kompaun-kompaun tersebut telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi pada bulan Mac, September dan yang terbaharu, pada awal Disember lalu. Pada Mac dan September, MCMC telah mengeluarkan sebanyak 25 kompaun berjumlah RM1.11 juta manakala pada awal Disember lalu, sebanyak 25 kompaun lagi berjumlah RM1.18 juta telah dikeluarkan.
Berikut adalah jumlah kompaun yang dikenakan oleh MCMC kepada syarikat-syarikat telekomunikasi atas kesalahan pendaftaran palsu kad sim prabayar: -                
               
KOMPAUN KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT TELEKOMUNIKASI (DISEMBER)
TEMPOH SYARIKAT-SYARIKAT TELEKOMUNIKASI JUMLAH KOMPAUN NILAI KOMPAUN (RM)
DISEMBER Tune Talk Sdn Bhd
 
Digi Telecommunications Sdn Bhd
 
Celcom Mobile Sdn Bhd
 
Celcom Axiata Berhad
 
Maxis Mobile Services Sdn Bhd
 
XOX Com Sdn Bhd
 
Merchantrade Asia Sdn Bhd
 
Ceres Telekom Sdn Bhd
 
Altel Communications Sdn Bhd
 
 
7
 
6
 
 
3
 
2
 
2
 
2
 
1
 
1
 
1
RM350,000
 
RM300,000
 
 
RM130,000
 
RM100,000
 
RM100,000
 
RM100,000
 
RM50,000
 
RM30,000
 
RM20,000
 
  JUMLAH DAN NILAI KOMPAUN KESELURUHAN
 
25 RM1.18 JUTA
 
“MCMC memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut dan kami akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi dalam isu pendaftaran palsu kad sim prabayar kerana ia melibatkan isu keselamatan,” kata Zulkarnain.

Pengenalan pendaftaran talian prabayar sejak tahun 2006 adalah bagi tujuan keselamatan dan perlindungan pengguna namun MCMC mendapati siasatan terhadap kes jenayah sering menemui jalan buntu apabila talian yang dikenalpasti digunakan oleh penjenayah adalah talian pendaftaran palsu.

Dalam pada itu, Zulkarnain juga menggesa syarikat-syarikat telekomunikasi agar lebih bertegas terhadap ejen-ejen mereka dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan ketika menjalankan operasi serta tidak mengabaikan aspek keselamatan negara dan kepentingan pengguna.

TAMAT/
Share this article
Follow