Media & Events

MCMC Nafi Pantau, Intip Kandungan Mesej Whatsapp

07 May 2019
CYBERJAYA
7 MEI 2019
 
MCMC NAFI PANTAU, INTIP KANDUNGAN MESEJ WHATSAPP
 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin menegaskan, sebarang dakwaan kononnya telefon milik individu tertentu dipantau dan diintip oleh pihak berkuasa di negara ini adalah palsu dan tidak benar sama sekali.
 
Sebagai satu badan yang mengawal selia dan membangunkan industri komunikasi dan multimedia, MCMC tidak memantau mahupun mengintip perkara-perkara yang dimuatkan oleh pengguna WhatsApp.
 
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Share this article
Follow