Media & Events

MCMC Pantau Pelaksaan Rebat GST

31 Dec 2015
CYBERJAYA, 31 Disember 2015 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memantau pelaksanaan rebat kepada pengguna perkhidmatan prabayar telefon mudah alih yang bermula besok.
 
“MCMC akan memastikan kelancaran pelaksanaan skim rebat ini dan pada masa yang sama, meletakkan kepentingan pengguna sebagai keutamaan,” kata Pengerusi MCMC, Dato' Sri Dr. Halim Shafie.
 
Dr. Halim juga menegaskan, tindakan boleh dikenakan terhadap mana-mana syarikat telekomunikasi yang ingkar dalam mematuhi Panduan Peraturan Berhubung Pendaftaran Pengguna Akhir untuk Perkhidmatan Selular Awam Prabayar. Proses pendaftaran tersebut, katanya, adalah penting dan akan membolehkan MCMC memastikan pendaftaran yang betul dijalankan bagi membezakan antara warganegara Malaysia dan bukan warganegara. Sepanjang tempoh dari Januari hingga Disember 2015, MCMC telah mengeluarkan 50 kompaun berjumlah RM2.29 juta kepada syarikat-syarikat telekomunikasi kerana kesalahan pendaftaran palsu kad sim prabayar.

Pihak MCMC, ujar Dr. Halim, akan memastikan proses pemberian rebat kepada pengguna dikreditkan dengan segera ataupun dalam tempoh waktu bertindak maksimum iaitu 24 jam.

Pengguna juga boleh berhubung secara terus dengan Talian Hotline Aduan MCMC di 1-800-188-030 ataupun pihak penyedia perkhidmatan melalui e-mel dan nombor telefon yang tertera di bawah:-
Share this article
Follow