Media & Events

Menara Komunikasi Di Menara Ladang Sibol B, Kota Tinggi Terbakar: Kerja-Kerja Baik Pulih (Cont')

18 Jun 2021
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan terdapat satu insiden kebakaran menara komunikasi di Menara Ladang Sibol B, Kota Tinggi, Johor. Kejadian berlaku sekitar pukul 7.04 malam pada hari Selasa melibatkan sebuah menara komunikasi milik pihak Maxis yang dikongsi bersama dengan Celcom.

Punca kebakaran di menara komunikasi berkenaan bagaimanapun belum diketahui dan sedang dalam siasatan. Kejadian kebakaran tersebut telah memusnahkan peralatan, bahagian kabin dan bekalan elektrik di menara berkenaan. Ekoran daripada insiden kebakaran tersebut, perkhidmatan terjejas serta gangguan liputan dijangka berlarutan untuk tempoh beberapa hari akan datang.

Sehubungan itu, pihak MCMC telah mengarahkan semua penyedia perkhidmatan yang berada di menara komunikasi tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih dengan kadar segera dan difahamkan kerja-kerja tersebut sudah dimulakan bagi memulihkan rangkaian komunikasi yang terjejas. Sebagai langkah sementara, Mobile Communications Vehicle (MCV) dan Base Transceiver Station (BTS) akan digerakkan ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan sehingga kerja-kerja baik pulih siap sepenuhnya. Adalah dijangkakan rangkaian komunikasi yang terjejas akan pulih sepenuhnya selewat-lewatnya pada hari Selasa depan.


PDF

 
Share this article
Follow