PENJANA

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan terus menyokong keperluan untuk bekerja dari rumah dan pembelajaran dalam talian melalui penyediaan kemudahan internet berkapasiti 1GB secara percuma setiap hari untuk tempoh 24 jam bermula 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020. 

Telekomunikasi adalah asas kepada kemajuan sosioekonomi Malaysia yang menyokong gaya hidup digital semua lapisan masyarakat hari ini.

Oleh itu, Kerajaan sangat komited untuk memastikan kelangsungan kehidupan harian berterusan dalam mendepani cabaran norma baharu terutamanya dalam aspek pekerjaan, pendidikan dan terus menerima maklumat terkini yang sahih berkenaan COVID-19.

      

   
 

Related Content
Share this article
Follow