Integriti telah menjadi sebahagian daripada nilai teras SKMM sejak penubuhannya sebagai industri komunikasi dan multimedia yang convergen di Malaysia pada pertengahan tahun 1990-an. Ini telah diperkuatkan dengan komitmen kami untuk menegakkan tadbir urus yang baik dan amalan perniagaan beretika melalui penubuhan dasar, prosedur, dan mekanisme yang berkaitan. Pemisahan peranan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus (IGD) daripada Jabatan Integriti dan Hubungan Industri (IIRD), Bahagian Modal Insan (HCD) bermula pada 16 Oktober 2023 dan IGD ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi yang lebih lanjut bagi meningkatkan Integriti dan Tadbir Urus SKMM. Objektif utama IGD adalah untuk membantu Pengerusi Suruhanjaya, Jawatankuasa Audit & Risiko (ARC) dan subkomiti berkaitan SKMM dalam pelaksanaan aktiviti integriti dan mempromosikan kelakuan beretika di dalam SKMM. Di bawah arahan Jawatankuasa Audit dan Risiko (ARC) SKMM, empat fungsi teras IGD adalah Pengurusan Aduan, Pengesanan dan Pengesahan, Peningkatan Integriti dan Tadbir Urus. Bagi fungsi pematuhan dan disiplin, di bawah Bahagian Modal Insan.
Untuk menerima dan bertindak atas semua aduan/maklumat mengenai jenayah rasuah dan pelanggaran kod etika serta tingkah laku di SKMM. SKMM telah mewujudkan satu sistem pengurusan aduan yang sistematik terhadap salah laku rasuah, penyalahgunaan kuasa, salah amalan, dan pelanggaran kod etika SKMM serta memastikan tindakan diambil terhadap setiap aduan dengan cara yang paling efisien.
Untuk mengesan dan mengesahkan aduan mengenai jenayah rasuah dan pelanggaran kod etika serta tingkah laku organisasi dan memastikan tindakan yang sesuai diambil. Semua aduan mengenai salah laku akan ditangani dengan penuh kerahsiaan tanpa sebarang akibat negatif atau tindakan balas, di mana kebimbangan yang dibangkitkan adalah dengan niat yang baik.
Untuk memastikan proses pembudayaan, penginstitusian, dan pelaksanaan integriti dalam organisasi. Jabatan Integriti dan Tadbir Urus (IGD) SKMM melaksanakan dan menyelaras program-program pengukuhan integriti untuk menanamkan amalan nilai-nilai baik, etika, dan integriti di SKMM.
Untuk memastikan amalan tadbir urus yang baik. IGD menjalankan pemeriksaan dan penyelidikan terhadap dasar dan prosedur untuk menilai keberkesanannya dan mencadangkan penambahbaikan jika perlu. Jabatan ini akan menyelaras dan menyelia latihan peningkatan dasar dan prosedur yang dipandu oleh Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) serta semua undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan.