Pengurusan keseluruhan maklumat/aduan yang diterima mengenai salah laku jenayah, penyalahgunaan kuasa, salah laku serta pelanggaran kod etika dan tingkah laku agensi untuk memastikan tindakan diambil ke atas setiap maklumat/aduan dengan objektif utama untuk memastikan keberkesanan sistem pengurusan aduan.
Dasar Pendedahan Maklumat SKMM telah ditubuhkan untuk menyediakan platform bagi pekerja dan pihak luar untuk mendedahkan sebarang perlakuan tidak wajar yang berkaitan dengan suruhanjaya. Bentuk pendedahan ini, untuk tujuan dasar ini, akan dikenali sebagai tindakan pendedahan maklumat. Dasar ini boleh membantu dalam mengenal pasti dan/atau mengesan masalah atau salah laku pada peringkat awal yang dapat mengelakkan kesan lebih buruk berlaku dalam Suruhanjaya. Dengan dasar ini, Suruhanjaya akan lebih bersedia dalam menguruskan risiko dan keadaan kecemasan, termasuk bagaimana untuk mengelakkan masalah atau salah laku yang sama daripada berulang. Suruhanjaya sepenuhnya komited kepada nilai-nilai ketelusan, integriti, ketidakberpihakan dan akauntabiliti dalam semua urusan perniagaannya, dan dasar ini dapat menyumbang ke arah pengukuhan tadbir urus dalaman serta mewujudkan persekitaran yang mengekalkan tingkah laku beretika dan integriti. Sila rujuk kepada MCMC Whistleblowing Policy untuk rujukan anda .
SKMM menyediakan saluran untuk semua pekerja SKMM dan orang awam untuk mendedahkan sebarang perlakuan tidak wajar oleh pekerja SKMM. Kerahsiaan pemberi maklumat dijamin dan dilindungi oleh Akta perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Jika anda mengetahui atau menyedari sebarang perlakuan tidak wajar (salah laku atau kesalahan jenayah) yang telah dilakukan atau akan dilakukan dalam SKMM, laporkan kepada kami dengan memberikan maklumat yang diperlukan melalui emel di [email protected]. *Semua pendedahan akan diuruskan dengan kerahsiaan yang paling ketat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada MCMC Whistleblowing Policy untuk rujukan anda.