Pelan Anti-Rasuah Organisasi SKMM 2022 - 2024 disediakan selaras dengan Pelan Anti-Rasuah Kebangsaan yang dilancarkan pada 29 Januari 2019 oleh Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri, serta Arahan Perdana Menteri Siri 2 No.1 Tahun 2019 yang berkaitan dengan Pengukuhan Tadbir Urus,Integriti dan Pencegahan Rasuah dalam Pentadbiran Kerajaan Malaysia.
Secara keseluruhannya, Pelan Anti-Rasuah Organisasi SKMM 2022 - 2024 mengandungi empat bab, iaitu Pengenalan , Cabaran Dalam Menangani Rasuah , Analisis Data , Rangka Kerja OACP, Pelan Tindakan dan Insiatif, serta Kaedah Pemantauan dan Penilaian.
Menuju SKMM yang Berintegrasi, Bertanggungjawab, dan Menjauhi Rasuah adalah ibaratkan sebagai kanser yang boleh merosakkan nilai-nilai dalam perkhidmatan SKMM dan memberi kesan kepada objektif perkhidmatan negara. Perkhidmatan terbaik daripada SKMM pasti dapat dicapai melalui pemberdayaan integriti, akauntabiliti, dan bebas rasuah.
Memupuk Integriti dalam Semua Aspek Perkhidmatan SKMM
Matlamat pelaksanaan tadbir urus yang baik adalah untuk memastikan SKMM dapat menguruskan urusan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan dengan cekap, bebas daripada rasuah, dan responsif terhadap kumpulan sasaran berdasarkan prinsip ketelusan, integriti, dan akauntabiliti. Penambahbaikan yang dilaksanakan melalui tujuh bidang keutamaan ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan stigma dan ketidakpercayaan dalam kalangan pihak berkepentingan terhadap pengurusan dan pentadbiran SKMM. Perubahan dalam tadbir urus bukan sahaja berlaku di peringkat ibu pejabat tetapi juga melibatkan peringkat negeri dan cawangan.
Menghapuskan rasuah melalui pemberdayaan integriti dan tadbir urus.