Media & Events

Doa Untuk Malaysia 2016

09 Sep 2016

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan mengadakan Program Doa Untuk Malaysia anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) pada ketetapan seperti berikut

Tarikh : 13 Ogos 2016 (Sabtu)
Masa : 7:00pm - 12:00 pm
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Program ini akan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YB Menteri KKMM dan beberapa Menteri kabinet. Majlis akan diisi dengan alunan Qasidah dan Selawat Perdana oleh Habib Syech Abdul Qadir Assegaf, Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Hajat berjemaah di Dataran Merdeka. Kemudian Bacaan DOA UNTUK MALAYSIA oleh YBhg. Ustaz Tuan Asmawi Tuan Omar, Pen.Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM dan Bacaan Tausiyah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid
 
Kehadiran Orang ramai adalah  bermula pada jam 7.00 petang. Hadirin digalakkan memakai pakaian Jubah Putih bagi lelaki dan Jubah Hitam bagi wanita serta membawa sejadah, surah Yassin, air mineral dan payung. Sehubungan dengan itu, kami menjemput agensi YBhg. Dato’ Sri/Dato’/Datuk/Datin/ YBrs. Dr./Tuan/ Puan untuk turut serta menjayakan program ini. Selain itu kami juga memohon jasa baik YBhg. Dato’ Sri/Dato’/Datuk/Datin/ YBrs. Dr./Tuan/ Puan untuk memuatnaik banner untuk tujuan hebahan. Marilah kita bersama-sama sehati sejiwa memanjatkan doa kepada Allah S.W.T. demi kesejahteraan Negara.
 
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi Fanpage rasmi Doa Untuk Malaysia di www.facebook.com/DoaUntukMalaysia.
Share this article
Follow