Media & Events

Program Kenali ASEAN 2014

28 Apr 2014
Program Kenali ASEAN 2014



Latar Belakang

 
PROGRAM KENALI ASEAN 2014

Tarikh : 2 - 3 Mei 2014
Masa : 10:00 am - 5: pm
Tempat : Kompleks Ujana Kewangan, Financial Park
    Wilayah Persekutuan Labuan
Perasmian : YB Dato'Sri Ahmad Shabery Cheek
    Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia


Latar Belakang

Program Kenali  ASEAN merupakan salah satu program utama di bawah kalendar ASEAN COCI (Committee of Information and Culture), yang dilaksanakan setiap tahun dan tertumpu kepada masyarakat di sekitar ibu-ibu negeri. 
Program tahunan anjuran Jabatan Penerangan ini bertujuan menyebarluaskan maklumat berkaitan hal ehwal negara anggota ASEAN seperti kebudayaan, bahasa dan cara hidup masyarakat ASEAN kepada masyarakat umum di Malaysia bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran mereka terhadap ASEAN.   Penganjuran pada tahun ini merupakan tahun keenam penganjuran sejak tahun 2008.

Objektif

Matlamat utama program ini adalah untuk memasarkan maklumat-maklumat mengenai ASEAN kepada  masyarakat.   Penyebaran maklumat ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka  mengenai ASEAN, peranan dan sumbangan ASEAN kepada kesejahteraan rantau Asia Tenggara. Di samping itu, pelaksanaan program ini juga adalah untuk merealisasikan hasrat pemimpin-pemimpin negara ASEAN ke arah pembentukan serta mencapai Komuniti ASEAN menjelang pada tahun 2015.

Tema

“Moving forward in unity, to a peaceful and prosperous community”

Aktiviti

Pelbagai aktiviti dilaksanakan untuk membolehkan masyarakat  di pelbagai peringkat umur mengambil bahagian dalam program ini. Antara aktiviti yang diadakan adalah:
 
I.       Pameran foto sejarah dan perkembangan semasa ASEAN
II.      Pertandingan mewarna ASEAN kanak-kanak tadika & sekolah rendah
III.     ‘ASEAN Story Telling Competition’ untuk murid-murid tahun 4-6
IV.     ‘Public Speaking Competition’ untuk pelajar sekolah menengah
V.       Pertandingan Bintang Karaoke ASEAN
VI.      Pertandingan Jigsaw Puzzle ASEAN
VII.     Kuiz ASEAN
VIII.    Cabutan bertuah
  IX.    Edaran bahan-bahan penerbitan ASEAN
   X.    Persembahan Kebudayaan PENTARAMA 

Hadiah Pemenang Program Kenali ASEAN 2014

 
1.   Pertandingan Mewarna  ASEAN  Prasekolah:
Johan - RM 120.00 + Basikal  + Piala + Sijil
Naib Johan - RM 100.00 + Hamper + Piala + Sijil
Ketiga  - RM   50.00 + Hamper + Piala + Sijil
Saguhati    (7 Org) - RM   30.00 + Hamper + Sijil
     
     
2.   Pertandingan Mewarna  ASEAN  Sekolah Rendah Tahun 1 – 3 :
Johan - RM 200.00 + Basikal  + Piala + Sijil
Naib Johan  - RM 150.00 + Hamper + Piala + Sijil
Ketiga - RM 100.00 + Hamper + Piala + Sijil
Saguhati    (7 Org) - RM   50.00 + Hamper + Sijil
     
     
3.   Pertandingan Mewarna  ASEAN  Sekolah Rendah Tahun 4 – 6 :
Johan  - RM 200.00 + Basikal  + Piala + Sijil
Naib Johan - RM 150.00 + Hamper + Piala + Sijil
Ketiga  - RM 100.00 + Hamper + Piala + Sijil
Saguhati    (7 Org)   - RM   50.00 + Hamper + Sijil
     
     
4.   ASEAN Story Telling Competition   Sekolah Rendah Tahun 4 – 6 :
Johan        - RM 200.00 + Basikal  + Piala + Sijil
Naib Johan   - RM 150.00 + Hamper + Piala + Sijil
Ketiga  - RM 100.00 + Hamper + Piala + Sijil
Saguhati    (7 Org) - RM   50.00 + Hamper + Sijil
     
     
5.   Public Speaking Competition  Sekolah Menengah :
Johan  - RM 300.00 + Netbook + Piala + Sijil
Naib Johan   - RM 250.00 + Netbook + Piala + Sijil
Ketiga                - RM 200.00 + Netbook + Piala + Sijil
Saguhati    (7 Org)  - RM 100.00 + Hamper + Sijil
     
     
6.   Pertandingan  Bintang  Karaoke ASEAN :
Johan   - RM 300.00 + Hamper + Piala + Sijil
Naib Johan - RM 200.00 + Hamper + Piala + Sijil
Ketiga - RM 100.00 + Hamper + Piala + Sijil
Saguhati    (2 Org)  - RM   50.00 + Hamper + Sijil
Persembahan Terbaik Karaoke  - Voucher Hotel/Hamper
* Semua peserta dapat sijil penyertaan
     
     
 
Maklumat Urus Setia

Cawangan Perhubungan Antarabangsa (CPA)
Jabatan Penerangan Malaysia
Aras 10, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya
 
URUS SETIA :
Puan Anita Wafa : 03-8911 4947
Cik Usha Narayanansamy : 03-8911 7462
Puan Aishah Omar : 03-8911 4946
Puan Marsara Mohd Isa : 03-8911 4945
Share this article
Follow