Media & Events

14 July 2012 : Karnival Sukan SKMM dan Industri 2012

14 Jul 2012
          
1. 


 
   Sebagai satu cara untuk mempereratkan muhibah dan memupuk interaksi yang lebih rapat antara SKMM sebagai pengawalselia dan industri, Kelab Sukan dan Kebajikan SKMM dengan penyertaan beberapa industri di dalam sektor komunikasi dan multimedia, telah menganjurkan Karnival Sukan SKMM dan Industri 2012 pada 14 Julai 2012 di Taman Pancarona, Putrajaya.
     
2.




 
  Industri yang menghantar pasukan di dalam Karnival ini ialah Telekom Malaysia, Celcom, Jaring, DiGi, Maxis, Packet-1, U Mobile, TIME dan Media Prima Berhad. Walaupun Pos Malaysia terlibat sejak dari awal perancangan, malangnya mereka tidak dapat menghantar pasukan kerana berlaku pertindihan dengan acara sukan Pos Malaysia.  Namun, Pos Malaysia tetap menunjukkan sokongan dengan sumbangan kewangan yang disalurkan bagi menjayakan Karnival Sukan SKMM & Industri. Semua kelab sukan SKMM dan industri, masing-masing telah menyumbang dana dan tenaga bagi menjayakan karnival kali ini.
     
3.



 
  Acara yang dipertandingkan ialah Futsal Lelaki, Futsal Wanita, Bola Tampar, Bola Jaring, Sepak Takraw dan Sukaneka. Peserta yang bertanding adalah terdiri daripada kakitangan SKMM dan industri yang terlibat.  Hadiah-hadiah peserta adalah hasil kutipan dana daripada semua industri manakala hadiah Cabutan Bertuah adalah sumbangan SKMM dan hamper sumbangan Red Tone Telecommunications Sdn Bhd.
     
4.
 
   Acara kemuncak penyampaian hadiah telah menyaksikan CELCOM muncul sebagai pemenang keseluruhan dan merangkul Piala Pengerusi SKMM. 
          
Sila klik di sini untuk Galeri Foto
Share this article
Follow