Media & Events

31 Mac 2018: Majlis Pengumuman Pemenang KOIL 2017, Lab Inovasi Terbuka Kemaman, Terengganu

30 Mar 2018

Objektif Kemaman Open Innovation Challenge (KOIL 2017):

 
  • Program Kemaman Open Innovation Challenge (KOIL 2017) adalah inisiatif MCMC untuk program Flagship Pembangunan Keusahawanan yang selari dengan RMK-11 bertujuan memperkasakan pertumbuhan ekonomi negara.
  • Program pembangunan usahawan dan Pre-Accelerator ini julung-julung kali dianjurkan oleh MCMC dan Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman (PDTK) dengan rakan kerjasama strategik Telekom Malaysia Berhad (TM) serta disokong oleh Trendnexus Sdn. Bhd.
 
Objektif Majlis:
 
  • Program ini telah berjaya menghasilkan 60 peluang perniagaan baru melalui 3 siri latihan iaitu Camboh, Abihreng dan Kemah yang diadakan daripada Julai – November 2017.
  • Sebanyak 9 idea perniagaan terpilih daripada 3 siri latihan akan diberikan hadiah keseluruhan bernilai RM15 ribu.
  • Sebanyak 3 idea perniagaan terpilih berpeluang untuk membangunkan prototaip perniagaan mereka dengan suntikan pre-seed funding berjumlah keseluruhan RM75 ribu daripada MCMC. (Diumumkan tarikh lain)
 
Kehadiran:
 
Majlis telah disempurnakan oleh Pn. Nor Akmar Shah Minan, Ketua Bahagian Komuniti Digital & Koordinasi Program, MCMC.
 
Majlis telah diserikan dengan kehadiran:
 
No Nama Jawatan/Bahagian/Agensi
1 En. Mohd Saiful Anuar Mohd Noor Penolong Kanan Pegawai Daerah Kemaman
2 YM Engku Fariez Engku Azahan Pengurus Besar, Kumpulan Digital Pusat (GDC), TM
3 En. Izham Ismail Ketua Pegawai Eksekutif, Trendnexus Sdn. Bhd.
4 Pn. Laurel Tan Bee Hiong Pengarah CDMD,MCMC
5 Tn. Hj. Mohd Yazid Bin Abd Manaf Pengurus Besar, TM Terengganu
 
  • Mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran para peserta KOIL2017, wakil jabatan-jabatan Kerajaan, usahawan, tuan-tuan dan puan-puan yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama di program ini.
 
Pada masa sama, MCMC berharap akan dapat menganjurkan lebih banyak program keusahawanan dengan lebih banyak rakan strategik dalam memacu usahawan digital yang inovatif, mampan dan inklusif di Komuniti Pintar seluruh negara.
Share this article
Follow