Majlis Perasmian Peti Pos di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia dan Alamat untuk Semua, Tanjung Piai, Pontian, Johor pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 10 April 2016 (Ahad)
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Taman Negara Tanjung Piai, Pontian, Johor
Majlis ini akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor dan seterusnya melancarkan Peti Pos Tanjung Piai (Penghujung Selatan Tanah Besar Asia). Pelancaran Peti Pos ini juga diharap dapat memudahkan pengunjung Taman Negara Tanjung Piai untuk menghantar poskad sebagai tanda ingatan dan mempromosikan Taman Negara Tanjung Piai sebagai sebagai destinasi pelancongan menarik di Malaysia.
Orang ramai dijemput hadir.