Media & Events

Program Komuniti Pintar Kemaman - Books for Asia

28 Apr 2017
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Inisiatif Komuniti Pintar Kemaman dengan kerjasama Pengurusan Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), The Asia Foundation (TAF), Johor Corporation (JCorp), dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kemaman akan menganjurkan program yang dikenali sebagai "Books for Asia”. Program ini merupakan sebuah program yang menitikberatkan amalan budaya membaca dan belajar secara berterusan serta mensasarkan peningkatan dalam menguasai Bahasa Inggeris khususnya di kalangan pelajar.
 
Program "Books for Asia" ini pertama kali diperkenalkan oleh TAF di Malaysia pada tahun 1957 dan telah mengagihkan sekurang-kurangnya 2.5 juta buku di seluruh Malaysia yang disumbangkan oleh penerbit-penerbit dari Amerika Syarikat.
 
Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar melalui bahan bacaan yang berkualiti yang dihasilkan di luar negara serta membolehkan mereka mempelajari teknik penulisan dari penulis-penulis luar negara serta memperoleh manfaat darinya. Sebanyak 3,092 buah buku yang akan diagihkan kepada 70 buah sekolah, Lab Inovasi Terbuka Kemaman (KOIL) dan 10 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Daerah Kemaman. Acara ini akan berlangsung pada 3 Mei 2017 (Rabu) bermula dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengahari bertempat di Auditorium SK Rantau Petronas, Kemaman, Terengganu.
 
 
Inline image 1
Share this article
Follow