Media & Events

250 netbook diagih kepada pelajar di Bukit Mertajam

05 Feb 2013, Utusan Malaysia

250 netbook diagih kepada pelajar di Bukit Mertajam

Musa Sheikh Fadzir (dua dari kiri) dan Penyelaras BN Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan (kiri) menyerahkan sebuah Netbook 1Malaysia kepada seorang pelajar Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, kelmarin.

BUKIT MERTAJAM 4 Feb. - Dalam usaha mendidik rakyat menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sebanyak 250 komputer riba Netbook 1Malaysia diagihkan kepada pelajar di Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin di sini hari ini.

Sumbangan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Musa berkata, bantuan komputer riba 1Malaysia itu diberikan kepada mereka yang tidak mampu.

"Zaman sekarang penguasaan ICT amat diperlukan. Komputer 1Malaysia ini juga boleh dikongsi oleh ahli keluarga," katanya di sini hari ini.

Share this article
Follow