Media & Events

4 syarikat berjaya dapat lesen WiMAX

16 Mar 2007, Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 16 Mac – Empat syarikat iaitu Bizsurf (M) Sdn. Bhd., MIB Comm Sdn. Bhd., Asiaspace Dotcom Sdn. Bhd. dan Redtone-CNX Broadband Sdn. Bhd. berjaya merebut lesen spektrum akses tanpa wayar jalur lebar 2.3GHz atau WiMax. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Bizsurf adalah sebuah unit YTL e-Solutions manakala MIB Comm adalah milik Green Packet. SKMM berkata, semua lesen tersebut, kecuali yang diberikan kepada Redtone-CNX, meliputi kawasan di Semenanjung. Redtone-CNX telah diberikan lesen bagi Sabah dan Sarawak.
Share this article
Follow