Official Website of
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
EN
MY
Search
Search:
EN
MY
Search:
Search
HOME
ABOUT US
HISTORY
VISION & MISSION
COMMISSION MEMBERS
OUR RESPONSIBILITY
OUR COMMITMENT
ANNUAL REPORTS
SECTOR
BROADBAND
MOBILE SERVICES
FIXED SERVICES
SATELLITE
BROADCASTING
POSTAL AND COURIER SERVICES
DIGITAL SIGNATURE
STRATEGIC TRADE
UNIVERSAL SERVICE PROVISION
LEGAL
LEGISLATION
INSTRUMENT
DISPUTE RESOLUTION
REGISTERS
MEDIA & EVENTS
PRESS RELEASES
PRESS CLIPPINGS
ANNOUNCEMENTS
PHOTO GALLERY
VIDEO GALLERY
ACADEMY
CAREER
CONTACT
HEADQUARTERS
STATE OFFICES
DIRECTORY
WEBSITE EXPERIENCE FEEDBACK
KnowledgeHub
Integrity
Did you know?
Make a complaint
Consumer
Licensee
Follow MCMC in Social Media
Media & Events
Home
Media & Events
Press Clippings
Derma mangsa Haiyan melalui SMS
Press Clippings
Media & Events
Derma mangsa Haiyan melalui SMS
17 Nov 2013, Bernama
BANGKOK - Beberapa syarikat telekomunikasi utama sedang berganding bahu untuk menyediakan satu cara mudah bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu mangsa taufan Haiyan di Filipina.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkhidmatan berkenaan, yang akan membolehkan sumbangan dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), akan di
lancarkan sebaik sahaja satu usaha sama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dimuktamadkan.
“Ramai daripada kita ingin membantu, tapi tidak tahu caranya dan kini terdapat satu cara mudah untuk berbuat demikian.
“Saya menggesa rakyat Malaysia supaya menggunakan perkhidmatan ini untuk menghulurkan derma dan menghantar bantuan kepada rakyat Filipina yang terjejas oleh tragedi dahsyat ini," katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.
Ahmad Shabery berada di Bangkok untuk menghadiri Mesyuarat Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU TELECOM WORLD) dari 17 hingga 20 November
Awal minggu ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Pos Malaysia melancarkan Setem Bantuan Kemanusiaan Taufan Haiyan yang dijual pada harga RM10 sekeping, dengan RM6 daripadanya akan disalurkan untuk membantu mangsa bencana alam itu.
Ahmad Shabery berkata, beliau telah menyampaikan ucapan takziah dan memaklumkan tentang penubuhan kaedah pengumpulan dana itu kepada Louis Napoleon Casambre, Penolong Setiausaha Jabatan Sains dan Teknologi Filipina dalam pertemuan mereka pada Mesyuarat Menteri-menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat Asean (TELMIN) ke-13 di Singapura.
Kata Shabery, Casambre memberitahu tahu beliau mereka terharu dan berbesar hati dengan usaha kerajaan dan rakyat Malaysia itu kerana ia membuktikan hubungan rapat yang terus terjalin antara kedua-dua negara.
“Ia juga mempamerkan bahawa ICT boleh dimanfatkan untuk menyatukan manusia ke arah melaksanakan usaha mulia dalam bidang kemanusiaan," katanya.
Shabery berkata, sekiranya rakyat Malaysia boleh menggunakan SMS untuk mengundi peserta pilihan mereka dalam program realiti, "saya yakin mereka juga boleh menghantar SMS untuk memberi sumbangan untuk tujuan ini."
Haiyan melanda Filipina minggu lepas dan menjejaskan kehidupan kira-kira sembilan juta orang, termasuk mengakibatkan 1.5 juta hilang tempat kediaman dalam kejadian taufan paling dahsyat di negara itu sejak beberapa dekad lepas.
Jumlah kematian rasmi akibat bencana alam ini meningkat kepada lebih 3,600 pada Jumaat.
Back
Print
Share this article
Public
Make a complaint
Online Content Problems
Special Consumer Issues
Procurement Notices
FAQs
MCMC Logo
Industry
Application For Licence
Registers
Spectrum
Communications Equipment
Certifying Agency
Trial, Experiment and Demonstration (TED)
Grants
E-Form
Resources
Publications
Industry
Statistics
Reports
Guidelines
Quick Links
E-Payment Portal
MyCOMMS
NUR Alert
Amateur Radio Operator Certification
Anti-competitive complaint form
Stay in Touch with MCMC
Subscribe our newsletter and get latest news and updates.
Email:
Follow