Media & Events

Jangan percaya emel penipuan Nigeria

21 May 2013, Kosmo

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai emel penipuan Nigeria yang kini menggunakan nama rakyat Malaysia atau tokoh negara ini.

Ketua Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd. Rahman berkata, emel itu yang kembali berleluasa menggunakan modus operandi penipuan yang menceritakan tentang sesuatu musibah, merayu bantuan kewangan serta cara mengkredit wang ke akaun palsu.

"Penipuan ini bukan sahaja menggunakan nama-nama orang Malaysia yang

biasa didengar, tetapi juga nama-nama personaliti politik atau isteri mereka.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai e-mel seperti ini. Ini

perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh orang yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak memapar, memapar semula atau memajukan emel itu kepada pihak lain kerana ia adalah kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Share this article
Follow