Official Website of
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
EN
MY
Search
Search:
EN
MY
Search:
Search
HOME
ABOUT US
HISTORY
VISION & MISSION
COMMISSION MEMBERS
OUR RESPONSIBILITY
OUR COMMITMENT
ANNUAL REPORTS
SECTOR
BROADBAND
MOBILE SERVICES
FIXED SERVICES
SATELLITE
BROADCASTING
POSTAL AND COURIER SERVICES
DIGITAL SIGNATURE
STRATEGIC TRADE
UNIVERSAL SERVICE PROVISION
LEGAL
LEGISLATION
INSTRUMENT
DISPUTE RESOLUTION
REGISTERS
MEDIA & EVENTS
PRESS RELEASES
PRESS CLIPPINGS
ANNOUNCEMENTS
PHOTO GALLERY
VIDEO GALLERY
ACADEMY
CAREER
CONTACT
HEADQUARTERS
STATE OFFICES
DIRECTORY
WEBSITE EXPERIENCE FEEDBACK
KnowledgeHub
Integrity
Did you know?
Make a complaint
Consumer
Licensee
Follow MCMC in Social Media
Media & Events
Home
Media & Events
Press Clippings
Kesedaran Pengguna Mengenai Standard Produk Dan Perkhidmatan Penting
Press Clippings
Media & Events
Kesedaran Pengguna Mengenai Standard Produk Dan Perkhidmatan Penting
13 Oct 2015, benama
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Rakyat Malaysia perlu mengetahui standard sesuatu produk atau perkhidmatan bagi memastikan mereka mampu mengenal pasti barangan yang diperoleh berkualiti ataupun sebaliknya.
Pengarah Kanan Bahagian Standardisasi, Jabatan Standard Malaysia Ridzwan Kasim berkata daripada pemantauan pihaknya, kesedaran rakyat Malaysia mengenai perkara itu masih sangat rendah jika dibandingkan negara maju lain.
Beliau berkata pihaknya yang merupakan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntukkan kira-kira RM10 juta setahun bagi membangunkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan piawaian dalam kalangan pengguna di negara ini melalui penganjuran beberapa aktiviti.
"Kita sedang bergiat aktif menganjurkan seminar, bengkel dan kempen di peringkat agensi kerajaan, murid sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi dan orang awam," katanya ketika ditemui Bernama selepas program bicarawara 'Ala Carte Pagi' (Bernama Radio 24) di Wisma Bernama hari ini.
Standard bertujuan mengawal selia kualiti perkhidmatan dan memastikan keselamatan dan prestasi produk. Keselamatan dan kualiti yang menepati standard adalah kunci kepada pengekalan dan peningkatan gaya hidup rakyat, katanya.
Mengenai sambutan Hari Standard Sedunia yang akan disambut 14 Okt ini, beliau berkata tema tahun ini adalah 'Standard: The world's common language' yang membawa maksud tersirat iaitu standard adalah perkara perlu dilihat oleh semua golongan masyarakat di dunia.
Hari Standard Sedunia adalah untuk memberi penghargaan kepada ribuan pakar yang berusaha keras dan bekerjasama dengan badan-badan standard di dunia selain meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengawal selia, industri dan pengguna mengenai kepentingan piawaian kepada ekonomi secara menyeluruh.
Sementara itu, Ketua Bahagian Teknologi dan Masyarakat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Aisharuddin Nuruddin berkata MCMC juga mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan kesedaran pengguna termasuk menggalakkan penggunaan aplikasi 'Check Your Label'.
Beliau berkata aplikasi itu juga membantu pengguna supaya tidak memiliki barangan tidak mematuhi standard atau produk komunikasi yang tidak mempunyai label pensijilan
"Aplikasi yang dibangunkan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) ini membantu pengguna untuk mengetahui standard barang komunikasi," katanya.
MCMC, badan pengawal selia bagi sektor komunikasi, telah menguatkuasakan 10 Standard Mandatori dan 24 Kod Teknikal yang dibangunkan berdasarkan standard kebangsaan dan antarabangsa berkaitan.
Back
Print
Share this article
Public
Make a complaint
Online Content Problems
Special Consumer Issues
Procurement Notices
FAQs
MCMC Logo
Industry
Application For Licence
Registers
Spectrum
Communications Equipment
Certifying Agency
Trial, Experiment and Demonstration (TED)
Grants
E-Form
Resources
Publications
Industry
Statistics
Reports
Guidelines
Quick Links
E-Payment Portal
MyCOMMS
NUR Alert
Amateur Radio Operator Certification
Anti-competitive complaint form
Stay in Touch with MCMC
Subscribe our newsletter and get latest news and updates.
Email:
Follow