Media & Events

KKMM Lancar Aplikasi 'Saveme 999' Untuk Golongan OKU Mac Ini

20 Feb 2017, bernama
KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan melancarkan aplikasi khas "SaveMe 999" bertujuan membantu golongan orang kurang upaya (OKU) mendapatkan bantuan kecemasan secara lebih efisien dan efektif. 

Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KKMM, Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor berkata aplikasi itu yang akan dilancarkan Mac ini boleh diakses menerusi telefon pintar.

Beliau berkata katanya pada sidang media selepas melancarkan Persidangan Asia Navigator 2017 di sini.

Persidangan kali keenam yang dianjurkan International Academies of Emergency Dispatch (IAED) itu menghimpunkan 300 peserta daripada pelbagai agensi terdiri  Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam bertujuan bagi meningkatkan keberkesanan sistem Mers 999 di negara ini.

Datuk Dr Mohd Ali berkata aplikasi itu juga dilengkapi dengan sistem bantuan suara bagi kegunaan pengguna OKU kategori buta.

Beliau berkata pengguna OKU hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memudahkan pendaftaran dan penggunaan aplikasi itu.
Share this article
Follow