Media & Events

KL Converge berlangsung tiga hari

17 Sep 2014, Harian Metro

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menganjurkan KL Converge bermula 17 hingga 19 September ini bertujuan memartabatkan negara sebagai hab media digital dan komunikasi utama di rantau Asia Tenggara serta mengukuhkan sinergi kandungan kreatif melalui penumpuan digital.

Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, proses penumpuan beransur-ansur berlaku dalam rangkaian hiburan, Internet dan telekomunikasi kini membuka peluang baru bagi pengguna akhir, penyedia kandungan, pencipta perisian dan penyepadu teknologi.

“Kandungan kreatif kini memperlihatkan pertumbuhan baru dan menarik dalam pengedaran digital. Oleh itu, kita perlu mempelopori inovasi melalui landasan pengedaran itu untuk mempertingkatkan operasi jualan, mencapai kecekapan operasi dan mengukuhkan keberkesanan pemasaran bagi membekalkan aset digital, rancangan dan kandungan kreatif kepada penonton global,” katanya.

KL Converge bakal diadakan selama tiga hari di Kuala Lumpur Convention Centre di mana bakal menjadi wadah kepada pengunjung untuk membina jaringan dan meneroka peluang pelaburan dan perdagangan, berkongsi pengalaman dan idea baru serta meninjau peluang kerjasama antara pelabur tempatan dan peneraju kreatif global.

Share this article
Follow