Media & Events

Lapan syarikat terima lesen spektrum 4G di Malaysia

06 Jan 2013, Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Celcom Axiata Bhd. (Celcom Axiata) merancang untuk melabur sehingga RM300 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang dalam proses pemodenan rangkaiannya bagi menyokong teknologi evolusi jangka panjang (LTE) atau 4G.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, pihaknya akan memberi tumpuan kepada perniagaan digital bermula tahun depan.

Katanya, pihaknya telah pun bersedia untuk melaksanakan teknologi LTE pada bila-bila masa, setelah diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kami menjangkakan untuk mendapat surat kelulusan daripada SKMM mengenai pelaksanaan LTE pada hari ini.

"Sekiranya LTE diluluskan, kami menjangkakan untuk menawarkan perkhidmatan teknologi LTE bermula Januari ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam taklimat media mengenai keputusan kewangan Celcom Axiata suku ketiga di sini hari ini.

Celcom Axiata memiliki kira-kira 2,800 stesen pangkalan LTE di seluruh negara.

Celcom akan menjadi pengendali telekomunikasi pertama yang menawarkan perkhidmatan 4G dengan platform RAN tunggal di negara ini.

Share this article
Follow