Media & Events

Lelaki hantar 30 SMS lucah ditahan

04 Oct 2007, Utusan Malaysia
MUAR 4 Okt. – Seorang pekerja kilang berusia 40 tahun menjadi lelaki pertama di negara ini ditahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan menghantar kira-kira 30 khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah kepada beberapa wanita yang dikenalinya, di sini sejak tiga bulan lalu. Lelaki dari Parit Jawa, di sini itu ditahan di tempat kerjanya di sebuah kilang perabot di Jalan Abdul Rahman oleh sepasukan anggota penguat kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) yang diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa SKMM, Enkatesulu Juval. Sewaktu ditahan dalam serbuan bersama dua anggota polis pada pukul 11 pagi semalam, pegawai SKMM turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Nokia N70 yang dimiliki seorang lelaki warganegara Indonesia iaitu rakan kepada lelaki terbabit. Menurut Enkatesulu, tangkapan itu dibuat berdasarkan laporan polis oleh beberapa wanita termasuk mereka yang pernah bekerja di kilang bersama lelaki tersebut.
Share this article
Follow