Media & Events

Malaysia Developers' Day 2013: Memacu Inovasi Untuk Keusahawanan

27 Aug 2013, Bernama
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan AT&T bekerjasama bagi menggalakkan pembangunan aplikasi yang lebih inovatif untuk keusahawanan

KUALA LUMPUR, Ogos 27 (Bernama) -- Bagi memacu budaya keusahawanan dalam pembangunan aplikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama AT&T akan menganjurkan Malaysia Developers Day di Kuala Lumpur pada 7 dan 8 September ini. Terbuka kepada semua individu, para peserta diberikan tempoh selama 24 jam untuk membentuk pasukan masing-masing dan menterjemahkan idea perniagaan kecil mereka ke dalam sebuah aplikasi mudah alih bagi merebut hadiah wang tunai bernilai USD14,000. Hadiah wang tunai tersebut boleh digunakan untuk memperluaskan pembangunan aplikasi mereka.

Share this article
Follow