Official Website of
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
EN
MY
Search
Search:
EN
MY
Search:
Search
HOME
ABOUT US
HISTORY
VISION & MISSION
COMMISSION MEMBERS
OUR RESPONSIBILITY
OUR COMMITMENT
ANNUAL REPORTS
SECTOR
BROADBAND
MOBILE SERVICES
FIXED SERVICES
SATELLITE
BROADCASTING
POSTAL AND COURIER SERVICES
DIGITAL SIGNATURE
STRATEGIC TRADE
UNIVERSAL SERVICE PROVISION
LEGAL
LEGISLATION
INSTRUMENT
DISPUTE RESOLUTION
REGISTERS
MEDIA & EVENTS
PRESS RELEASES
PRESS CLIPPINGS
ANNOUNCEMENTS
PHOTO GALLERY
VIDEO GALLERY
ACADEMY
CAREER
CONTACT
HEADQUARTERS
STATE OFFICES
DIRECTORY
WEBSITE EXPERIENCE FEEDBACK
KnowledgeHub
Integrity
Did you know?
Make a complaint
Consumer
Licensee
Follow MCMC in Social Media
Media & Events
Home
Media & Events
Press Clippings
MCMC Akan Siasat Aduan Berhubung Kandungan Aplikasi
Press Clippings
Media & Events
MCMC Akan Siasat Aduan Berhubung Kandungan Aplikasi
28 Apr 2017, bernama
CYBERJAYA, 28 April (Bernama) -- Siasatan akan dijalankan sekiranya terdapat aduan terhadap kandungan yang disebarkan dalam mana-mana kumpulan aplikasi pesanan seperti 'WhatsApp', 'Wechat', 'Viber' dan 'Telegram' tersebut, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
MCMC dalam kenyataan berkata, perbualan dalam mana-mana kumpulan tersebut adalah bersifat persendirian namun adalah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi tersebut bagi membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan dan cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.
Suruhanjaya itu berkata siasatan tidak akan membezakan antara pentadbir dan anggota kumpulan.
Justeru, pentadbir aplikasi atau anggota kumpulan diingatkan agar berwaspada dalam menyebarkan maklumat dalam kumpulan masing-masing supaya tidak terjadi kes penyebaran maklumat palsu.
"Jika pentadbir atau mana-mana anggota kumpulan didapati menyebarkan maklumat palsu, maka tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka," kata kenyataan itu hari ini.
Penyebaran maklumat palsu merupakan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, katanya.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari sebelum ini dilaporkan berkata pentadbir kumpulan WhatsApp akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal mengawal anggotanya daripada menyebarkan maklumat palsu.
Menurut MCMC, berdasarkan fakta, bukti dan perlakuan, seorang pentadbir aplikasi mungkin dipertanggungjawabkan dalam beberapa keadaan.
Antaranya apabila pentadbir sendiri membuat komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 AKM 1998, katanya.
Pentadbir juga mungkin dipertanggungjawabkan apabila meminta komen daripada yang lain walaupun sendiri tidak melakukannya, dan pentadbir membantu, melalui hasutan, mana-mana orang lain dalam kumpulan untuk membuat komen serta pentadbir menghalang siasatan agensi penguatkuasa terhadap komen.
MCMC berkata ia akan mempertimbangkan keperluan mengadakan garis panduan tentang penggunaan aplikasi pesanan.
"Pada masa yang sama, orang ramai digesa untuk sentiasa berhemah dalam penggunaan media sosial demi perlindungan mereka sendiri," katanya.
Back
Print
Share this article
Public
Make a complaint
Online Content Problems
Special Consumer Issues
Procurement Notices
FAQs
MCMC Logo
Industry
Application For Licence
Registers
Spectrum
Communications Equipment
Certifying Agency
Trial, Experiment and Demonstration (TED)
Grants
E-Form
Resources
Publications
Industry
Statistics
Reports
Guidelines
Quick Links
E-Payment Portal
MyCOMMS
NUR Alert
Amateur Radio Operator Certification
Anti-competitive complaint form
Stay in Touch with MCMC
Subscribe our newsletter and get latest news and updates.
Email:
Follow