Media & Events

Parlimen: Lebih 500 Laman Sesawang Disekat Bawah Akta Judi

28 May 2015, bernama
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Sebanyak 536 laman sesawang telah disekat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 setakat April tahun ini , Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sekatan itu dibuat berdasar permohonan bertulis daripada Polis DiRaja Malaysia.

Katanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memberikan bantuan teknikal kepada pihak yang bertanggungjawab dalam isu-isu melibatkan kegiatan perjudian.

"Kerjasama yang diberikan termasuk bantuan sekatan akses terhadap laman-laman sesawang perjudian haram ini," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat di sini.

Lim bertanya mengenai kaedah yang diambil kerjaan untuk membasmi kegiatan perjudian laman sesawang haram yang berleluasa memandangkan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dianggap sudah lapuk.
Share this article
Follow