Media & Events

Pelajar SMK Jati terima komputer riba

11 Apr 2012, Kosmo
BANTUAN. Sebanyak 413 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh menerima sumbangan komputer riba percuma menerusi Projek Pengagihan Komputer 1Malaysia di sekolah itu baru-baru ini. Penyerahan komputer riba di bawah Program Pelan Inisiatif Jalur Lebar Negara kelolaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia itu disampaikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Pengetua SMK Jati, Halijah Abdullah berkata, pelajar yang menerima komputer riba di bawah program terbabit terdiri daripada keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. "Selain meringankan beban ibu bapa berpendapatan rendah, bantuan itu juga diharap dapat melancarkan proses pembelajaran pelajar terbabit," katanya.
Share this article
Follow