Media & Events

Pelajar USM kongsi kemahiran ICT

05 Apr 2012, Kosmo
TEKNOLOGI MAKLUMAT. Sekumpulan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang baru-baru ini turun padang menjayakan program Perkampungan ICT di Felda Gunung Besout 2, Sungkai, Perak. Ia merupakan salah satu program di bawah Strategi Laut Biru 5 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Pengajian Tinggi KPT, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Timbalan Naib Canselor USM (Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar), Profesor Adnan Hussein berkata, program itu merupakan inisiatif terbaharu melibatkan pelajar universiti dan masyarakat. Menurut Adnan, ia bertujuan menyuntik minat terhadap penggunaan teknologi maklumat, pemindahan ilmu dan memberi pendedahan kemahirannya kepada penduduk setempat. Turut hadir pada program itu ialah Pengarah Pejabat Wilayah Utara SKMM, Hussin Mohd. Ali dan Pengurus Felda Gunung Besout 2, Fadzil Mansor.
Share this article
Follow