Media & Events

Pemberian komputer riba ringan beban

01 Apr 2013, Harian Metro

Kuala Lumpur: Pemberian komputer riba 1Malaysia membantu pelajar peringkat menengah meningkatkan keupayaan teknologi maklumat dan (ICT) selain meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan.

Shamim Syazwani Ibrahim, 18, berkata, sebelum menerima komputer riba itu, dia terpaksa meminjam komputer kakaknya mahupun pergi ke siber kafe semata-mata untuk menyiapkan tugasan sekolah yang memerlukan komputer. “Minta ibu belikan, saya bimbang ia membebankan kerana ibu bekerja sendiri sebagai peniaga pasar malam tentu saja untuk membelikan komputer riba adalah satu bebanan.


“Ayah pula sudah bersara selain adik-beradik lain sudah berkeluarga dan mempunyai komitmen serta bebanan kewangan sendiri. Apabila dipilih selaku penerima tentu saja saya terharu dan bersyukur kerana ia mengurangkan beban kewangan ditanggung keluarga bagi menyediakan kemudahan itu,” katanya.

Share this article
Follow