Tertuduh, Chook Soon Hup, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Mohd. Puzi. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui mengikut Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Dia didakwa mengunakan satu unit dekoder, satu unit piring parabola Antenna dan tiga unit penukar turun blok berhingar rendah (LNB) jenama Smartsat model ST-900B.