Media & Events

PI1M rapatkan jurang digital masyarakat luar bandar - Ali Rustam

04 Mar 2013, Utusan Malaysia

JASIN 4 Mac - Hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat di kampung dan bandar tercapai dengan wujudnya Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang membolehkan penduduk pedalaman mengakses internet jalur lebar serta menikmati kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, inisiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu merupakan langkah terbaik dalam melahirkan rakyat bermaklumat dan celik teknologi tidak kira sama ada di kampung atau bandar.

Menurutnya, PI1M yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti juga telah banyak membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar apabila produk yang dihasilkan dapat dipromosikan melalui internet.

"Dengan adanya PI1M, orang ramai bukan sekadar boleh mengakses internet tetapi juga boleh menyertai kursus yang ditawarkan secara percuma bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang ICT," katanya pada majlis perasmian PI1M Kampung Masjid Baru, di sini baru-baru ini.


Share this article
Follow