Media & Events

Program Himpunan Kasih Sayang Sedia Hadiah Dan Acara Menarik Di Menumbok

10 Jan 2013, Bernama
KOTA KINABALU, 10 Jan (Bernama) -- Pelbagai acara dan hadiah menarik menanti warga Menumbok dan sekitarnya pada program Himpunan Kasih Sayang, Klik Dengan Bijak dan Nilai-nilai Murni peringkat negeri Sabah di padang Majlis Daerah Menumbok, dekat Kuala Penyu selama dua hari mulai esok.

Program itu dipelopori Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Sabah dan Labuan dengan kerjasama agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) termasuk Jabatan Penerangan Sabah, Jabatan Penyiaran, Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah dan Bernama.

Program akan dirasmikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Sabtu ini.
 
Pengarah SKMM Wilayah Sabah dan Labuan K Juslly Elis memberitahu Bernama antara hadiah cabutan bertuah ialah dua buah motosikal jenis Yamaha EF5, dua enjin bot sangkut, tiga mesin jahit, TV Sony Plasma 42 inci, komputer riba, telefon pintar serta pelbagai barangan komunikasi dan elektrik.

Tidak ketinggalan persembahan artis popular seperti Black Mentor, Najwa Latiff, Dafi, artis Pentarama dan Kombo Radio Televisyen Malaysia selain acara explorace dan kenduri rakyat.

Turut diadakan ialah pameran semua agensi di bawah KPKK serta taklimat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, katanya.

Share this article
Follow