Media & Events

Program 'Klik Dengan Bijak' Membudayakan Nilai-Nilai Murni Pengguna Internet

11 Jan 2013, Bernama
MENUMBOK, 11 Jan (Bernama) -- Susulan pertambahan jumlah pengguna internet yang memberangsangkan di Malaysia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar seperti yang disasarkan, Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan sokongan agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan memulakan kempen jelajah 'Klik dengan Bijak' (KDB) ke seluruh negara, bermula dengan negeri Sabah.

Program KDB yang dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat ini telah dilancarkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada 1 Julai 2012 di Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk memberi penekanan kepada orang ramai agar berwaspada, bertanggungjawab dan mengutamakan keselamatan semasa melayari internet. Sasaran khusus program adalah golongan kanak-kanak, belia da para ibu bapa serta penjaga. 
Share this article
Follow