Media & Events

Program Sentuhan Rakyat 1Malaysia capai maklumat

13 Apr 2012, Utusan Malaysia
JASIN 12 April - Program Sentuhan Rakyat 1Malaysia anjuran Parlimen Jasin di sini baru-baru ini berjaya mencapai matlamat apabila majoriti penduduknya mendapat manfaat menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Ia termasuklah pameran dan jualan, khidmat nasihat serta pengagihan bantuan dan sumbangan komputer riba 1Malaysia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah, berkata, penduduk Jasin amat berterima kasih kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang menyediakan lebih 2,000 komputer riba untuk diagihkan kepada masyarakat tempatan. 'Sumbangan itu amat bermakna kepada rakyat berpendapatan rendah. "Program ini berjaya mencapai sasaran ditetapkan iaitu merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat, selain menyampaikan bantuan serta informasi terkini mengenai pembangunan negara.
Share this article
Follow