Media & Events

Rais Minta Syarikat Telekomunikasi Tempatan Beri Lebih Penjelasan Tentang 4g

06 Sep 2012, Bernama
KUALA LUMPUR,  6 Sept (Bernama) -- Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan perlu menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan teknologi 4G sebelum kerajaan meluluskan penggunaannya di Malaysia, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.
 
 Katanya rakyat perlu memahami dengan lebih jelas perbezaan antara teknologi 3G dan 4G, terutama dari segi kelajuan, kawasan liputan dan data yang diperuntukkan.
 
 "Sesetengah pihak mahukan teknologi 4G, sedangkan teknologi 3G sebenarnya sudah mencukupi," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri U Mobile di sini Khamis.<br />
 
 Beliau berkata teknologi 3G tidak banyak berbeza dengan teknologi 4G, tidak seperti Teknologi 2G yang mempunyai perbezaan yang ketara dengan teknologi 3G.
 
 "Apa yang kita ingin lakukan ialah supaya pihak media, bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat-syarikat telekomunikasi mengadakan program asuhan masyarakat, menjelaskan apa yang terkandung pada 3G dan 4G yang harus di fahami oleh rakyat."
 
Share this article
Follow